Kenapa Sertai Kami?
Cara Ia Berfungsi
Jadilah rangkaian Rakan DAWANITY (affiliate) kami dan terima ganjaran bagi setiap rujukan pelajar baru. Sebagai Rakan DAWANITY, anda menyumbang dalam meluaskan capaian dakwah sambil dibayar atas usaha murni anda.
1. Daftar Percuma
Daftar secara percuma. Hanya ambil masa 1 minit untuk mula mempromosi. Dengan komisen sebanyak 20%, menjana pendapatan tambahan kini lebih mudah!
2. Terus Promosi
Sebaik sahaja menjadi Rakan Dawanity, anda akan diberikan ID Affiliate khas. Kongsikan link kursus bersama ID anda. Kami akan memantau setiap klik dari link yang anda kongsikan.
3. Jana Pahala & Pendapatan
Apabila seseorang membeli kursus melalui link anda, anda akan menerima komisen 20%. Bukan itu sahaja, pahala juga berterusan selagi mereka belajar dan berdakwah.
Contoh Pengiraan Komisen
RM 260
RM 52 / tahun!*
RM 196
RM 32.20 / tahun!*
RM 90
RM 18.00 / tahun!*
FAQ: Program Rakan DAWANITY
1. Ada apa-apa pembayaran atau komitmen untuk sertai program ini?
100% percuma. Tiada sebarang yuran pendaftaran atau caj tersembunyi untuk menjadi rakan DAWANITY kami. Anda boleh terus bermula sebaik sahaja akaun anda aktif.
2. Berapakah jumlah komisen yang saya akan terima?
Anda akan menerima komisen sebanyak 20% bagi setiap rujukan. Sebagai contoh, untuk pelan langganan Dakwah Harmoni Kit Santun RM196 setahun, anda akan mendapat ganjaran sebanyak RM32.20. Malah, ganjaran ini akan diberikan setiap tahun jika pelajar tersebut kekal aktif dengan langganannya pada tahun berikutnya.
3. Bilakah komisen saya akan dibayar?
Komisen dibayar terus ke akaun bank anda pada minggu pertama bagi setiap bulan. Jika anda ada keperluan terdesak, maklum sahaja kepada kami untuk diproseskan secara khas.
4. Bagaimana sistem mengesan rujukan (referral) saya?
Sebaik mendaftar, anda akan mendapat link khas yang mengandungi ID unik anda. Sistem kami menggunakan cookies untuk memantau setiap pengunjung yang klik link tersebut. Jika mereka membuat pembelian, sistem akan merekodkan komisen tersebut di bawah nama anda secara automatik.
5. Adakah saya perlu menjadi pelajar kursus Dakwah Harmoni untuk jadi Rakan DAWANITY?
Tidak wajib, namun kami sangat menggalakkan anda memahami visi Dakwah Harmoni supaya anda dapat berkongsi manfaatnya dengan lebih ikhlas dan berkesan kepada orang lain.
